Keindahan UJIAN...
"Kadangkala kita tertanya-tanya, mengapa tiada jalan pintas untuk berjaya, mengapa manusia yang baik diuji sentiasa, akhirnya saat kita buka mata hati, akan terlihatlah kebijaksanaan-Nya, dan yang memahami, tenang sentiasa..."
Assalamualaikum semua! alhamdulillah sekali lagi dapat kita bersama walaupun melalui 'invisible connection' iaitu melalui sekadar tulisan yang tidak seberapa ini. wah2.. ayat sastera.. :) takpelaa.. sambil-sambil layan hobiku yang satu nih, dapat tingkatkan grammar and vocab aku yang so-so nih.. in sya allah...
tajuk entry kali nie macam saspen kan? haha.. dop pom bena.. ( :P ) tak mengapa.. bak kata Cg Marzuki merangkap cikgu fizik di tempat tusyen ku, "kita sharing, kita sharing.. Fizik people is been able to share our thoughts with others.. Masya-Allah, Tabarakallah..." memang ayat biasa yang keluar dari mulut dia..dah hafal dah pom, sebab memang tiap2 kali jumpa akan cakap jugak macam tuh, simple words but fullof meanings.. :)
berbalik kepada tajuk kita, Apakah itu UJIAN? bagi segelintir manusia, ujian itu mungkin adalah satu beban berat yang kadang-kdang tidak termampu untuk dipikul.. bagi sesetengah manusia, mungkin ujian itu hanyalah satu perkara yang tidak lepas daripada melandai seseorang manusia yang mempunyai landasan hidup tidak kiralah sama ada landasan kebenaran atau sebaliknya.. ttapi, bagi segelintir manusia yang berbeza pandangannya, UJIAN itu adalah keindahan,,, indah kerana itu adalah tanda ALLAH S.W.T mengingatinya, indah kerana UJIAN itu dapat membuktikan setinggi mana tonggak keimanannya terhadap Ilahi, indah kerana UJIAN itu bertindak sebagai pendekat kita kepada ALLAH saat kita terlalai hatta sesaat... jadi, bagaimanakah corak pemikiran kita? bagaimanakah tanggapan kita terhadap sesuatu yang bernama UJIAN?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak lagi diuji?" (Al-Ankabut:2)
berbicara mengenai ujian dan cabaran dalam kehidupan, aku sendiri mengakui terkadang hati berasa letih dan terbeban dengan ujian yang menimpa... sebagai Hamba yang imannya hanyalah senipis kulit bawang, pastinya terkadang aku sendiri cenderung tanpa boleh melawan perasaan yang berkata mengapalah aku diuji sebegini rupa? sedangkan aku sedar jika dibandingkan dengan apa yang telah dialami oleh umat terdahulu, pasti kita hanyalah diberi ujian yang tipis dan tidak dapat disamakan lanhsung dengan mereka.. Masya-Allah.. dapatkah kita berdiri setanding Sumayyah? setanding Bilal bin Rabbah? aku sendiri meragui hati yang rapuh ini... jadi, sebagai peringatan untuk akhi dan akhowat semua dan juga untuk diriku semestinya, marilah sama-sama kita melihat UJIAN yang hadir itu sebagai satu keindahan.. sebagai satu semangat untuk kita terus mencari tempat yang dekat dengan Ilahi.. sebagai satu peluang untuk kita membuktikan betapa tiada keampuhan dalam dada dan IMAN ini.. Inn Sya Allah... :)
menghampiri dunia akhir zaman ini, kita perlu sentiasa sedar yang mungkin masa yang ada sudah semakin suntuk.. jangan pula kita menangis tak berlagu di 'kemudian hari' kerana tiadalah walau sedikit pun gunanya untuk menyesali dosa2 kita apabila pintu taubat telah pun ditutup... Allahu rabbi, meremang pula bulu roma menulis hal2 sebegini.. bukan apa, gerun mengenangkan seandainya aku sendiri tidak mampu menunaikan hal tersebut.. Nauzubillah himinzalik... walau dimana jua kita berada, semoga kita sempat bertaubat kepada-Nya sebelum azab hari kiamat yang telah dijanjikan oleh Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan itu tiba... Inn Sya Allah...
akhir kata, semoga kita semua sentiasa dicurahkan taufeeq dan hidayah, sentiasa dimurahkan rezeki dan keberkatan, dan sentiasa diampunkan dosa oleh Allah Taala... Amin Ya Rabbal Alamin...

Comments
Post a Comment