Simfoni Cinta (^_^)

alhamdulillah, alhamdulillah hirobbilalamin... kerana limpah dan kurniaNya aku serta pembaca semua  masih bernyawa dan masih diberikan peluang untuk bertaubat kepadaNya pada hari ini.. In Sya Allah.. dalam meniti kehidupan di dunia yang fana ini, sedar tidak sedar, tahun 2014 sudah hampir melabuhkan tirai.. berganjak ke tahun seterusnya, aku akan menempuh SPM, In Sya Allah.. Allahuakbar, rasanya baru semalam aku menjejakkan kaki ke kelas 4S1 dan kini  setahun sudah berlalu.. "How time is precious, even more than gold", Subhanallah..


apart from that, sebelum bermulanya cuti baru2 ini, aku turut menghadiri satu program.. lebih kurang kem ibadah tetapi lebih bermakna.. :) sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, hati itu Allah yang pegang.. manusia boleh berubah hatinya, dari lorong tanpa arah, ke sujud menghadap sejadah.. manusia berubah mungkin kerana ditimpa musibah, mungkin kerana dipimpin oleh seseorang atau mungkin kerana diri sendiri terjaga dari lena panjang.. sungguhpun begitu, Hidayah itu milik Allah, hati itu Allah yang pegang, segalanya atas kehendakNya sama ada ingin ditunjukkan jalan atau dihijabkan kebenaran dan taufikNya...

begitulah kehidupan, ada yang hidupnya dipenuhi hidayah dan keberkatan, Alhamdulillah.. namun ada yang hidupnya gelap tanpa bimbingan.. kenapa? mungkin kerana kita tidak berusaha mencari keredhaan itu.. Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada seluruh hambaNya, namun mungkin hamba itu sendiri tidak sedar dan langsung tidak mencuba untuk meraih peluang itu.. teringat kata-kata seorang akhi di kem yang aku hadiri tersebut, mengapa kita perlu sentiasa mematuhi perintah Allah? kerana kita adalah hambaNya, kita tiada hak ke atas diri kita sendiri malah kita tidak punya kebebasan untuk berlaku sewenangnya.. kenapa? kerana kita adalah hambaNya..


"Kadangkala Tuhan memanggil kita agar kita kembali memanggilNya, agar kita tinggalkan selimut kelekaan dan agar kita menuju medan perjuangan demi meraih sebuah kemenangan" -Hilal Asyraf
betapa aku mengagumi insan yag teguh cintanya terhadap Pencipta kerana aku tahu diri ini masih kecil dan jauh untuk menandingi mereka yang tiada kempuhan dalam tonggak keimanan..  betapa masih jauh ilmu yang aku miliki sekarang jika dibandingkan dengan insan yang dalam cinta dan ilmunya terhadap Yang Esa.. In Sya Allah, kita semua akan dipanjangkan umur untuk menambah saham akhirat dan menambah rasa cinta sesungguhnya kepada Ilahi... :)

alhamdulillah, setakat ini sahaja coretanku kali ini.. semoga kita sentisa dikurniakan taufeeq dan hidayah daripadaNya dan moga kita dicipta sebagai hamba yang layak mendiami Jannatullah selamanya... :) bye, assalamualaikum w.b...

Comments

Popular posts from this blog

26 is an odd number

to learn to live on your own

movie #1 "hotarubi no mori e" (2011)

if you ever got tired of life

to life without regrets