Apa yg kita nak, Tak semestinya dapat
Assalamualaikum wahai bloggers ku sekalian... :)
setelah sekian lama diri ini menyepi, aku berasa tergerak hati pd malam ini utk mengupdate jgak blog nie. sebelom itu, agaknya memang sudah terlambat utkku ucap SELAMAT TAHUN BARU... hehe... selamat datang wahai 2014... huhuhu.. begitu byk kenangan pada tahun 2013 nie.
bermulanya tahun baru, bermulalah juga kehidupan yang sebegitu baru buatku apabila aku tidak lagi bersekolah di SMACH, sebaliknya berpindah ke SMK Tanah Merah 1. kepada yg mmbaca, jangan sangka aku ditendang keluar, hehe... bercerita mengenai perpindahanku, ianya bermula selepas hari mengetahui result PMR pd 19/12/2013. aku tidak mendapatkan 8a spt yg ak idamkan, sebaliknya hanya 6a yg aku perolehi...
aku berasa bgaikan dihempap dengan seguni tong beras, malu dan tekanan yg amat mencengkam jiwaku, aku seorang hamba yang lemah, buktinya aku tidak mampu menahan kesedihan sedangkan sahabat2ku yang lain semuanya gembira dgn kejayaan yang mereka kecapi. tidak pernah terlintas difikiran utk aku mencemburui mereka, tetapi, tekanan yang menghimpit hatiku mendorong aku untuk mengambil keputusan sebegini...
01/01/2014... aku mula merasakan yang tindakanku berpindah adalah satu tindakan yang bodoh, aku meninggalkan segala kesenangan di SBP. aku meninggalkan impian yg sudah aku kecapi, iaitu bersama dengan sahabat baikku, Risya di dalam satu organisasi. organisasi yang begitu meninggalkan kesan buatku.. pengawas. haha.. betapa bodohnya aku meninggalkan SBP sedangkan tempat tersebut lebih menjamin peluang utkku melanjutkn peljaran ke universiti antarabangsa... tetapi, sejenak aku berfikir, ALLAH SUDAH MENENTUKAN TAKDIRKU...
MasyaAllah... sesunggunhnya Allah itu MAHA Berkuasa, Dia yang menetapkan, Dia yang memegang hati kita.. masuk hari kedua, aku mula berasa senang, tambahan lagi, aku mula mendapat rakan baru yang menepati citarasaku,, hehe... aku dipindahkan ke kelas pertama, dan sejak itu, aku mula berasa senang dan gembira. Allah telah mengurniakan kegembiraan buatku... Allah juga telah meminjamkan aku sedikit kekuatan dan semangat yang belum pernah aku rasakan utk belajar di situ.. hikmah ALLAH... :D
Alhamdulillah, keadaan masih tenang dan aku semakin gembira berada di sini, semoga ianya berkekalan sepanjang tahun dan utk tahun seterusya, AMIN...
kepada para sahabatku di Sains Machang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku, dan In Sya Allah, friends till JANNATULLAH... :D thanks, sahabat..I'll miss u 4ever...
Comments
Post a Comment